Bekas Pengerusi Tabung Haji meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Tan Sri Hanafiah Ahmad dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham berumur 87 tahun dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.45 malam.

Hanafiah pernah menjadi Pengerusi (1988-1992) dan Ketua Pegawai Eksekutif (1977-1987) a Tabung Haji.

Dalam pada itu, Tabung Haji mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Sungguh besar jasa Allahyarham kepada Tabung Haji dan umat Islam Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan soleh,” kata satu kenyataan Tabung Haji.

Difahamkan jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saiyidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara pagi ini. – UTUSAN

Previous Post Next Post

Contact Form