Lelaki warga Bangladesh yang maut dalam kemalangan dipercayai akibat pemandu mabuk di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) semalam dikenal pasti sebagai seorang pempengaruh permainan video terkenal Advance Gaming.
Mangsa, Muzahid Millad, 22, disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya bersama isteri, dirempuh ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Isterinya, Nafisa Tabassum Adiba, 23, dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sebelum tragedi itu, pasangan berkenaan yang berasal dari Habiganj, Bangladesh, dilaporkan baru tiba di Malaysia untuk bercuti selama seminggu di ibu negara.
Tags:
Dalam Negeri
